Sunday, June 2, 2013

Mati .

Jika Tuhanku bertanya pada ku..

Tidak malukah kau bermaksiat pada Ku?



Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku..

dan datang padaKu dengan penuh dosa



Bagaimana aku akan jawab duhai diriku yang malang?

dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?



Aku terus menyogok jiwaku dengan impian

dan harapan dari semasa ke semasa



Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..

Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.



Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..

Seakan mati tidak akan menemui



Dan telah datang padaku sakaratkul maut yang ngeri..

Nah ! siapa sekarang yang mampu melindungiku ?



Aku melihat pada wajah-wajah..

Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku ?



Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?

Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku ? 



Celakanya aku ! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku ?

Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin ?



Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari penghimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)?



Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku ?



Maka Ya RABB ? seorang hamba datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya ?



Melainkan Tuhan yang MAHA luas pengampunanNYA

Dan yang membimbingku pada kebenaran



Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku

Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku..



Dan ringankan(percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..


Jika aku mati , maafkan aku kerana tidak memberi khabar berita kerana aku sendiri tidak tahu saat kematian aku . Jika aku mati esok , aku pasti para readers sekalian tidak akan sedar bahawa aku telah mati sehinggalah datang seseorang membawa berita kematian aku ini , mungkin abah , atau mungkin ummi . Entah

Lalu penuh lah wall facebook and twitter aku dgn kata-kata takziah . Mungkin ada yang akan menangis untuk aku . Sesungguhnya, aku tak mengharapkan itu semua. Aku cuma meminta doa daripada kamu semua . Mungkin waktu itu aku sedang dihimpit hingga hancur tulang rusuk , mungkin waktu itu aku sedang dipatuk oleh ular berbisa . Mungkin waktu itu aku sedang dipukul oleh malaikat dan mungkin juga aku sedang menikmati keindahan syurga . Aku pun tak tahu.
Aku sangat sayangkan blog ini ,tapi aku pasti akan meninggalkannya. Dan jika ada sedikit manfaat daripada artikel-artikel tulisan aku , aku benar-benar mengharapkan kebaikan itu menjadi teman aku di dalam kubur . Maaf kan aku atas segala salah dan silap aku , aku akui bahawa diri ini lemah dengan segala bisikan syaitan dan terlampau mengikutkan hawa nafsu  . Halal kan segalanya .
Sekarang ini syukur adanya ummi abah , kakak , sahabat , ada roomates yang baik-baik ,tapi jika aku mati esok , Hilang lah itu semua . Sendirian

Aku akan terus menulis hingga aku meninggal dunia . Jika tiada kabar berita daripada aku , ketahuilah aku sudah mendahului kamu untuk ke alam yang lagi satu .
Aku harapkan kematian yang indah. Amin. Kematian yang diiringi doa yang tidak putus-putus daripada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, kawan-kawan, dan juga orang Islam yang lain. Aku tak nak kubur afaf gelap. Sedih bukan, hidup tanpa lampu . Tiada cahaya . Aku sentiasa berharap kematian aku sentiasa diingati dengan hadiah Al-Fatihah.




Sunday, February 3, 2013

Bicara Hati .

Tangan tiba tiba terasa nak gapai lappy . Nak buka belog | nak menaip , Ya . Menaip | 
Jujur aku rindu . 
Banyak benda yang aku nak cakap . Banyak benda yang tak terluah . Aku pendam , semuanya aku simpan . 

Alhamdulillah | Aku sedar , Tuhan sayang kan aku . Sangat sayang kan aku | Dulu masa aku bergelar maahadian , aku banyak main main . Yang aku tahu bila aku masuk sekolah tu aku dengan senang mendabik dada . Sebab orang hormat . Orang pandang tinggi | Bila kenal dengan suasana U,
Aku sedar . Tiada tempat aku nak bergantung . Jarang sangat aku boleh dengar pasal agama . Kalau ada pun time kelas agama | itu pun dua kali seminggu . Kalau tak cancel | Kalau cancel tu lain cerita

Dulu masa sekolah ustazah ada pesan # Masa ni lah awak nak belajar pasal semua benda agama ni . Nanti bila awak dah masuk you . Awak dah tak ada tempat nak bergantung . Semua depend pada diri sendiri , Jaga lah diri elok elok # Awak perlu ingat . Awak perempuan . Yang penting jaga Maruah
Aku diam bila ingat semua benda tu . Aku banyak fikir pasal benda ni | Awal awal aku stalk banyak facebook orang orang yang aku anggap baik . Aku tengok gambar gambar dorang | Comel . Ayu . Terdetik dalam hati , kalau lah aku macam ni . Sejuk nya hati tapi kuat ke aku nak istiqamah # Macam Susah .

Bukan aku tak pernah luah | Pernah. Tapi tak pernah aku terima komen yang membina . Sebab tu aku terus pilih untuk diam . Untuk terus simpan , Aku pun tak tahu sampai bila | Tapi aku tak akan biar kan sampai berulat . Ya | Aku tak akan .
Start daripada situ setiap kali aku buka mukabuku mesti ada orang post pasal nak berubah lah | nak pakai tudung labuh lah | itu lah ini lah . dalam erti kata lain status status yang pelik . Aku anggap pelik sebab kenapa sebelum ni aku tak pernah perasan pun status status macam tu . Ya , sangat pelik | Kenapa sekarang ? 

Yang aku tahu aku mula sedar yang Hijab bukan pernyataan “aku sudah baik”, atau “aku tanpa dosa”. Hijab adalah pernyataan sederhana dari “aku ingin taat”.

 # Tatkala hati terdetik untuk memakai tudung labuh , perasaan lain yang datang | silih berganti | aku mengaku aku bimbangkan persepsi orang lain | malu pada diri sendiri kerana aku rasa aku tak layak | Ilmu aku terlalu sikit | Tapi . aku tahu aku kuat 
Walaupun sekarang aku belum sarung kan tudung labuh di kepala tapi setiap kali aku sarungkan tudung . Aku cuba untuk labuh kan:') Aku harap | itu percubaan yang baik

Ya Allah , Jangan lah kau bolak balik kan hati aku setelah Kau beri kan aku Hidayah . Aku bersyukur



Doakan saya juga bakal sesolehahmu . 
Yang ikhlas; Si Gadis Pendek .